Privacy Policy | Security Policy | Copyright Notice | Disclaimer

 

Perlantikan MGPN 2017-2020

 

YBhg Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Perlantikan yang dilakukan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar gaji minimum negara itu dibuat menerusi penyerahan watikah telah dilakukan oleh YBhg Datuk Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di pejabatnya pada 12 Oktober 2017.

MPGN juga sudah mula menyediakan perancangan untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016, yang bakal dimuktamadkan pada pertengahan 2018. Ini adalah selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang menetapkan perintah berkenaan perlu dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun.

 

Selain membentuk Kumpulan Penyelidik Gaji dan Gaji Minimum bagi membantu MPGN dan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) dalam kajian impak yang dijalankan, Kementerian juga juga menyediakan medium perkongsian mengenai gaji minimum dalam portal Gaji Minimum bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas orang awam.

Dr Mohd Gazali Abas, KSU Baru KSM

 

Ybrs. Dr Mohd Gazali Abas, 57 tahun dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang baharu bermula 9hb Oktober 2017, menggantikan Datuk Seri Adenan Abdul Rahman yang bersara pada 5 Okt. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986. Selain Timbalan Ketua Setiausaha ( Operasi ) KSM , Dr Mohd Ghazali pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi; dan Pengarah Eksekutif Network of Asia Pacific Schools and Institute of Public Administration and Governance (NAPSIPAG).

Dr Mohd Gazali berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi ( Kepujian ) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Peniagaan dari University Of Nottingham dan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Informasi dan Telekominikasi dari University Waseda Jepun.

Demo article

...

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!