Privacy Policy | Security Policy | Copyright Notice | Disclaimer

 

20 Feb 2019 : Majlis Pelancaran Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) telah disempurnakan oleh oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia di Dewan Serbaguna KSM. NWI merupakan maklumat yang berwibawa berkaitan perubahan gaji dan upah dari semasa ke semasa dalam pasaran buruh Malaysia.

NWI yang merupakan pertama kali dilancarkan itu adalah sebagai panduan untuk majikan di negara ini dalam menetapkan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain sebagai input kepada dasar sumber manusia syarikat.

Walau bagaimanapun dalam sidan gakhbar yang diadakan sejurus kemudian, YB Mentri Sumbeer Manusia berkata bahawa NWI ini adalah sebagai garis panduan dan penanda aras, bukan wajib untuk majikan iku sebagaimana amalan di negara maju lain.

23 Januari 2019 : Majlis Amanat Tahun Baru 2019 Kementerian Sumber Manusia telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Sumber Manusia mulai 8.30pagi tadi. Amanat Tahun Baru telah disampaikan sendiri oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. Turut hadir ialah YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ketua Setiausaha Kementerian serta kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Menurut YB M. Kula Segaran, "Sebagai sebuah organisasi yang besar, saya harap semua bahagian, jabatan dan agensi KSM sentiasa bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ini supaya setiap dasar dan program yang kita laksanakan mencapai matlamat yang ditetapkan. “Execution is really the critical part of a successful strategy. Getting it done, getting it done right, getting it done better” adalah cabaran yang kita perlu hadapi. Ini memerlukan usaha yang kuat dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak”.

12 Februari 2019 : Majlis Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah diadakan di Kangar, Perlis. Majlis tersebut telah dirasmian oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato' Mahfuz Omar.

Dalam majlis tersebut, YB Dato' Mahfuz Omar menegaskan bahawa Kerajaan akan meneruskan usaha mencapai kuota satu peratus Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sektor awam. Walaua bagaimanapun menrut beliau , penempatan mereka mestilah sepadan dengan kecacatan selain boleh melakukan kerja.

Dalam majlis tersebut, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia turut menyampaikan geran perniagaan berjumlah RM173,824.29 kepada empat usahawan muda berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar negeri ini.

15 Januari 2019 : Hari Bertemu Pelanggan Peringkat KSM 2019 akan diadakan pada setiap hari Selasa, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hari Bertemu Pelanggan yang mula diadakan pada 15 Januari 2018 iaitu pada setiap Hari Selasa, bertempat di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, adalah salah satu inisiatif Kementerian Sumber Manusia untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan mengenai pengurusan sumber manusia bagi memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat. 

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar setiap Bahagian dan Jabatan dalam Kementerian Sumber Manusia. Dalam Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada 15hb lalu, YBhg Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Sumber Manusia turut hadir bersama bertemu pelanggan. Antara permasalahan serta aduan yang diterima adalah mengenai pemberhentian pekerjaan, kelulusan pengambilan pekerja asing dalam pelbagai sektor serta pekerja yang melanggar polisi syarikat.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!