24/05/2018 - PEKERJA MALAYSIA DIUTAMAKAN, YANG LAIN KEMUDIAN- M. KULASEGARAN

PEKERJA MALAYSIA DIUTAMAKAN, YANG LAIN KEMUDIAN - M. KULASEGARAN

ASTRO Awani : 24/05/2018

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) akan sentiasa memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Ini jaminan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, yang berkata dasar ini penting dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. "Kita akan benarkan pekerja asing untuk masuk bekerja tetapi ia berdasarkan keperluan.

"Keutamaan akan tetap diberikan kepada pekerja kita dahulu. Kita akan utamakan rakyat Malaysia dahulu, yang lain, kedua," katanya. Tambah beliau, semua perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan lain akan disemak semula sebelum keputusan dibuat. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh tiga tahun yang dibuat pada tahun 2016 di bawah pentadbiran sebelum ini.

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!