07/06/2018 - PERKASA PERKESO SEBAGAI AGENSI UNGGUL

PERKASA PERKESO SEBAGAI AGENSI UNGGUL

Harian Metro (Online) : 07/06/2018

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada suami atau isteri yang bekerja, pasangan pemilik perusahaan dan suri rumah.

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam memastikan PERKESO menjadi agensi unggul dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial untuk warga pekerja di negara ini.

“Selaku Menteri Sumber Manusia, saya akan memberi perhatian bagi memperkasakan PERKESO sebagai sebuah agensi yang unggul dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial untuk seluruh warga pekerja di Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa PERKESO di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PERKESO Tan Sri Aseh Che Mat, Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia Amir Omar (kiri).

Katanya, suami dan isteri yang juga pemunya atau ‘sole propriertor’ akan diberi perlindungan PERKESO.

“Suami dan isteri yang juga pemunya atau sole propriertor akan diberi perlindungan PERKESO di mana pengecualian ini akan dikeluarkan daripada Jadual Pertama, Akta Keselamatan Sosial 1969.

“Selain itu, manfaat perlindungan berkenaan turut akan dinikmati golongan suri rumah kepada suami yang bekerja yang akan menerima manfaat di bawah skim perlindungan keselamatan sosial yang ditadbir oleh PERKESO,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan meneliti perkara itu sebaik mungkin supaya semua suri rumah turut dilindungi PERKESO.

Katanya, PERKESO juga perlu memperluaskan jaringan perlindungan sosial kepada sektor informal yang lain seperti petani, nelayan, penjaja serta penggiat seni.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!