Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

PEKERJA MAUT TERSEPIT MESIN PENGISAR BUAH SAWIT DI MUAR, JOHOR

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (31)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
PEKERJA MAUT TERSEPIT MESIN PENGISAR BUAH SAWIT DI MUAR, JOHOR 

Putrajaya, 24 Mei – Satu kemalangan maut telah berlaku di Kilang Kelapa Sawit Bukit Pasir, Muar pada 3.20 petang tadi. Kemalangan berlaku semasa mangsa iaitu Suman, seorang warganegara Bangladesh sedang menjalankan kerja membaik pulih jentera fruit elevator dan tertarik ke dalam jentera berkenaan.

Siasatan awal daripada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati kemungkinan kemalangan adalah disebabkan oleh prosidur kerja selamat (SOP) tidak disediakan bagi aktiviti membaik pulih jentera fruit elevator tersebut.

Sehubungan itu, pihak JKKP telah menghentikan serta merta aktiviti membaik pulih jentera dan mengeluarkan Notis Perbaikan bagi mengadakan prosidur kerja selamat. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca utama kemalangan ini. Pihak JKKP akan mengambil tindakan undang-undang jika terdapat perlanggaran terhadap Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

###

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
24 Mei 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!