Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

MENCAPAI JANJI SERATUS HARI – GAJI MINIMUM PEKERJA SWASTA

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1(32)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
MENCAPAI JANJI SERATUS HARI – GAJI MINIMUM PEKERJA SWASTA

Putrajaya, 4 Jun – Kementerian Sumber Manusia telah membincangkan Sepuluh Janji Seratus Hari dalam Manifesto Pakatan Harapan berhubung menyamaratakan gaji minimum seluruh negara. Kementerian Sumber Manusia berpandangan janji ini pasti dapat dicapai dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Saya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai melaksanakan proses Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016 sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Saya turut dimaklumkan bahawa JTPGN bersedia untuk membentangkan syor kadar gaji minimum baharu kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), iaitu suatu badan tripartite yang berperanan untuk membincang dan membawa satu syor kadar gaji minimum kepada Jemaah Menteri.

MPGN dijadual akan mengadakan Mesyuarat MPGN pada 13 Jun 2018 bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016 termasuk mempertimbangkan syor kadar gaji minimum baharu dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Seterusnya, Kementerian saya akan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri bagi suatu keputusan di buat oleh Kerajaan.

Pada hari ini, saya hanya boleh memaklumkan kadar gaji minimum baharu untuk pekerja swasta sedang dalam proses semakan; dan jika mendapat kelulusan dan persetujuan, akan diumumkan oleh Kerajaan, selewatnya pada bulan Ogos tahun ini. Kesemua ini adalah bertepatan seperti termaktub dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

###

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
4 Jun 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!