Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

OPS PATUH JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA (JTKSM)

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1(33)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
OPS PATUH JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA (JTKSM)

Putrajaya, 8 Jun – Seramai 30 orang anggota penguatkuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) diketuai oleh Tuan Haji Asri Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM menyerbu beberapa restoren di sekitar Desa Petaling, Sri Petaling dan Bukit Jalil hari ini. ‘Ops Patuh’ yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap pematuhan majikan terhadap undang-undang perburuhan yang tertakluk dalam Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Perintah Gaji Minimum 2016, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Garis Panduan Standard Minimum Penginapan Pekerja Asing.

Pada operasi kali ini, 6 restoren telah diperiksa dan didapati pelbagai pelanggaran undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 telah dilakukan oleh majikan. Sehubungan dengan itu tindakan undang-undang termasuk pendakwaan akan di ambil ke atas majikan yang didapati telah melanggar peruntukan yang telah ditetapkan. Mereka boleh didenda maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan yang disabitkan. Bagi penyediaan penginapan pekerja asing pula, kebanyakan majikan didapati gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Kemudahan asas seperti katil dan tilam untuk pekerja tidak disediakan oleh majikan. Majikan yang gagal mematuhi garis panduan ini akan disenarai hitam untuk mendapatkan kelulusan permohonan pekerja asing. Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia akan meningkatkan pemeriksaan ke premis penggajian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya undang-undang perburuhan negara dan hak-hak pekerja terpelihara. p>###

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
8 Jun 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!