Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

OPERASI KHAS CEGAH JATUH DI INDUSTRI PEMBINAAN

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (34)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
OPERASI KHAS CEGAH JATUH DI INDUSTRI PEMBINAAN

Putrajaya, 11 Jun - Seramai 285 pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang diketuai oleh Tuan Ir. Haji Omar bin Mat Piah, Ketua
Pengarah JKKP Malaysia telah menyerbu beberapa tapak pembinaan di seluruh Negara hari ini.

‘Ops Cegah Jatuh’ yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap pematuhan majikan/kontraktor terhadap undang-undang yang tertakluk dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 serta Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan

Kejuruteraan (Keselamatan), 1986. Operasi ini lebih memfokuskan kepada aktiviti kerja-kerja di tempat tinggi dan kerja-kerja mengangkat (lifting) di awasan
pembinaan.Pada operasi kali ini, 96 tapak pembinaan di seluruh Negara telah diperiksa dan 656 notis pembaikan dan larangan serta 61 surat arahan telah dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh majikan/kontraktor. Antara kesalahan yang banyak dilakukan adalah tepian terbuka yang melibatkan kerja-kerja di tempat tinggi, tiada pelan kerja bagi aktiviti mengangkat dan ketiadaan laluan keluar masuk yang selamat.

*Kegagalan mematuhi perundangan, majikan/kontraktor boleh didenda maksimum sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan yang disabitkan.
Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin mengingatkan dan menggesa semua pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan agar menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan tapak pembinaan dan kawasan berhampirannya selamat dan kondusif.

###

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Manusia

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!