Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

MAKLUMBALAS KEPADA ISU ‘BURUH KANAK-KANAK MEMBIMBANGKAN’ LAPORAN KHAS AKHBAR UTUSAN MALAYSIA PADA 20 DAN 21 JUN 2018

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (35)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
MAKLUMBALAS KEPADA ISU ‘BURUH KANAK-KANAK MEMBIMBANGKAN’
LAPORAN KHAS AKHBAR UTUSAN MALAYSIA PADA 20 DAN 21 JUN 2018

Putrajaya, 21 Jun – Jabatan Tenaga Kerja Sabah iaitu Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menjalankan siasatan interim setelah laporan khas berkaitan ‘Buruh Kanak-Kanak Membimbangkan’ disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 dan 21 Jun 2018.

Siasatan awal telah dijalankan di semua Pejabat Tenaga Kerja di seluruh Sabah termasuk Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Sandakan, Kota Belud, Kinabatangan, Tenom, Sipitang, Ranau, Tawau, Keningau, Kunak, Kota Marudu, Beaufort, Kudat, Kota Kinabalu dan Sipitang. Siasatan terperinci juga telah dilaksanakan dengan wakil daripada The Forest Trust (TFT) yang merupakan pihak yang ditemuduga di dalam laporan surat akhbar tersebut.

Hasil siasatan mendapati bahawa sumber kanak-kanak yang terlibat di dalam sektor perladangan di beberapa kawasan kelapa sawit adalah seramai 60,000 kanak-kanak. Pihak TFT memaklumkan bahawa jumlah ini diterima melalui Konsulat Indonesia sewaktu perbincangan dan pembentangan bersama dengan TFT awal tahun 2018 ini.

Siasatan mendapati kanak-kanak dan orang muda tersebut kebanyakanya merupakan warganegara Indonesia dan juga segelintir warganegara Filipina. Mereka ditemui terlibat di dalam pelbagai aktiviti perladangan seperti memetik buah sawit, penuaian, pembersihan dan banyak lagi.

Hasil siasatan daripada PTK Sandakan mendapati bahawa kanak-kanak dan orang muda tersebut hanya mengikuti orang tua mereka yang bekerja sebagai buruh ladang kerana ketiadaan penjaga pada ketika itu. Mereka juga dibawa ke tempat pekerjaan atau ladang bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak diingini sekiranya ditinggalkan di rumah bersendirian. Majikan juga mengemukakan bukti bahawa tiada dokumen pekerjaan bagi pekerjapekerja di bawah umur ini kerana mereka tidak bekerja di ladang tersebut. Kanakkanak dan orang muda ini dilihat seperti bekerja namun sebenarnya mereka sedang membantu orang tua mereka.

Selain daripada itu, tiada paksaan yang diberikan kepada kanak-kanak dan orang muda ini untuk melakukan sebarang aktiviti pekerjaan di tempat pekerjaan ibu bapa mereka. No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (35) 2 Hal ini juga ditekankan oleh pihak TFT yang menjelaskan bahawa kanak-kanak dan orang muda tersebut hanya dilihat sebagai terlibat di dalam pekerjaan ibu bapa mereka dan bukannya sebagai buruh kanak-kanak. Pihak TFT telah menjalankan lawatan kepada lebih daripada 20 syarikat atau Pembekal Medium Pertanian kepada Syarikat Wilmar International sejak tahun 2013 lagi yang bertujuan untuk melatih pihak syarikat Pembekal Medium Pertanian tersebut mengenai kepentingan syarikat serta memberi pendedahan mengenai undang-undang yang perlu dipatuhi bagi memastikan keberlangsungan syarikat.

Kesimpulannya, laporan adalah berasas namun pihak penyiasat tidak dapat memperolehi maklumat lanjut daripada majikan berkenaan dengan isu berkaitan. Walau bagaimanapun, tindakan selanjutnya akan diambil di mana pihak Jabatan Tenaga Kerja Sabah akan mendapatkan maklumat daripada Syarikat di bawah seliaan untuk tindakan susulan. Selain itu, memandangkan penggajian kanak-kanak tersebut melibatkan isu individu tidak berdokumen, isu ini akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia Sabah.

###

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
21 Jun 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!