Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

KAJIAN-KAJIAN INSTITUT MAKLUMAT DAN ANALISIS PASARAN BURUH (ILMIA)

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (36)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
KAJIAN-KAJIAN INSTITUT MAKLUMAT DAN ANALISIS PASARAN BURUH (ILMIA)

Putrajaya, 29 Jun – Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia sedang menjalankan Kajian Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2018 dan Soal Selidik Kos Tenaga Kerja Kebangsaan 2017. Kajian ini membolehkan Kementerian ini mengemaskini profil tenaga kerja Malaysia di samping mengenalpasti petunjuk utama kos tenaga kerja. Melalui kajian ini, ILMIA juga boleh menghasilkan petunjuk pasaran buruh bagi gaji/upah dan faedah pekerja, jam bekerja, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan mengikut industri. Kajian ini juga boleh membantu kerajaan dalam menggubal dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan modal insan di Malaysia.

Kedua-dua kajian ini melibatkan majikan di sektor swasta meliputi semua industri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sebagaimana dinyatakan dalam Malaysia Standard Industry Classification (MSIC. 2008) dan Malaysian Standard Classification of Occupation (MASCO, 2013). Soal selidik ini telah diedarkan sejak bulan Mei 2018 dan majikan yang menerima soal selidik ini dipohon untuk melengkapkannya sebelum 15 Julai 2018. Kegagalan melengkapkan borang soal selidik ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Maklumat Pekerjaan 1953. Untuk maklumat lanjut sila hubungi ILMIA di talian 03-8318 2433.

Selain kajian ini, ILMIA juga menjalankan kajian-kajian lain seperti berikut: i. Development of the National Wacge Index (NWI) - Phase III (A – C) ii. Kajian Pembentukan Pelan Pembangunan Strategik Kebangsaan: Penggajian & Gunatenaga Warga Emas di Malaysia iii. Environmental Scan: Food & Beverage Industry Focus on Halal Industry

###

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
29 Jun 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!