Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

INSIDEN KEBAKARAN TANGKI MINYAK DI LOJI KEMAMAN BITUMEN SDN BHD, TERENGGANU

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (38)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
INSIDEN KEBAKARAN TANGKI MINYAK DI LOJI KEMAMAN BITUMEN SDN BHD, TERENGGANU

Putrajaya, 6 Julai – Satu kejadian kebakaran telah berlaku melibatkan tiga (3) tangki simpanan minyak mentah pukal di loji Kemaman Bitumen Sdn. Bhd., Kemaman, Terengganu. Kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.20 petang semalam. Setakat jam 9.00 pagi hari ini, kebakaran pada sebuah tangki telah dapat dipadam oleh pasukan BOMBA. Usaha-usaha memadam kebakaran pada dua (2) tangki lain sedang giat dijalankan. Berdasarkan maklumat semasa terdapat seorang pekerja kontraktor telah mengalami kecederaan akibat melecur dan telah dihantar untuk mendapatkan rawatan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengarahkan pegawai ke kawasan kebakaran sejak semalam dan masih menunggu keadaan stabil dan selamat sebelum memulakan siasatan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menasihatkan orang ramai terutama pengguna media sosial seperti Facebook menghentikan sebarang kenyataan atau komen yang mengelirukan berkaitan insiden kebakaran ini.

###

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
6 Julai 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!