Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (OSH WEEK) 2018

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (39)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (OSH WEEK) 2018

Putrajaya, 10 Julai – YB Dato’ Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (OSH Week) 2018 di Perodua Learning Centre, Sungai Choh, Selangor.

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai (OSH Week) adalah satu acara tahunan yang disambut di minggu ke-2 Bulan Julai setiap tahun. Tujuannya adalah bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan serta mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan, pekerja dan orang awam. Tema atau konsep (OSH Week) pada tahun ini adalah Workplace Accident Free Week (WAFEW) atau Minggu Bebas Kemalangan Di Tempat Kerja.

Dalam usaha Kerajaan mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat; semua pihak samada pekerja, majikan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersamasama menjalankan program dan aktiviti yang menyumbang ke arah pengurangan kemalangan. Inisiatif bagi mengurangkan kemalangan ini adalah selari dengan prinsip peraturan kendiri atau self regulation yang menjadi teras Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Dalam perkembangan lain, pada tahun 2017, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjalankan sebanyak 269,877 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 23,006 notis telah dikeluarkan; 1,028 kesalahan dikeluarkan kompaun dan sebanyak 324 kes didakwa atas kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh En. Amir bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Datuk (Dr) Aminar Rashid bin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Ir. Hj Omar bin Mat Piah, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia.

###

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
10 Julai 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!