Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

OPERASI PENGUATKUASAAN OPS PATUH JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (41)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
OPERASI PENGUATKUASAAN OPS PATUH
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA

Putrajaya, 19 Julai – Seramai 22 anggota penguatkuasa dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang diketuai oleh Dato’ Mohd Jeffrey Bin Joakim, Ketua
Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menyerbu beberapa premis di sekitar Bandar Baru Bangi hari ini dalam serbuan Ops Patuh. Ia bertujuan sebagai aktiviti
pengesanan dan pencegahan awal sebarang pelanggaran undang-undang perburuhan yang cenderung dilakukan oleh majikan.

Dalam Ops Patuh ini, sebanyak 6 premis majikan di sektor restoran, hotel dan tekstil telah diperiksa dan didapati pelbagai pelanggaran undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 telah
dilakukan oleh majikan. Antara pelanggaran yang dikesan hari ini adalah kegagalan melaporkan penggajian pekerja asing, gagal menyediakan kontrak perkhidmatan, tidak
menyediakan daftar pekerja dan pembayaran gaji serta pemotongan gaji yang tidak mematuhi akta.

Hasil daripada operasi yang telah dijalankan, 11 kertas siasatan dengan 27 pertuduhan akan dibuka.

Sehubungan dengan itu tindakan undang-undang termasuk pendakwaan akan di ambil ke atas majikan yang didapati telah melanggar peruntukan yang telah ditetapkan. Mereka boleh
didenda maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan yang disabitkan. Operasi ini dijalankan selaras dengan aktiviti utama jabatan iaitu “Pemeriksaan Tempat
Pekerjaan” yang merupakan satu medium untuk meningkatkan pematuhan undang-undang perburuhan oleh pihak majikan.

Seksyen 65, Akta Kerja 1955 memperuntukkan Kuasa pegawai JTKSM untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana tempat pekerjaan pada bila-bila masa bagi tujuan
membuat penyiasatan berkaitan pematuhan undang-undang perburuhan.

Ops Patuh hari ini juga turut dilaksanakan secara serentak di Negeri Melaka dan Negeri Kedah.

Bagi tempoh 8 Jun 2018 sehingga 18 Julai 2018, JTKSM telah memeriksa 122 premis dan 72 majikan telah dikenalpasti melakukan kesalahan iaitu gagal mematuhi undang-undang
perburuhan.

Jabatan ini akan meningkatkan pemeriksaan ke premis penggajian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya undang-undang perburuhan negara dan hak-hak pekerja terpelihara.

###
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Manusia
19 Julai 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!