Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

KARNIVAL KERJAYA @ SUNGAI PETANI KEDAH TAHUN 2018

No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (42)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
KENYATAAN MEDIA
KARNIVAL KERJAYA @ SUNGAI PETANI KEDAH TAHUN 2018

Sungai Petani, 21 Julai – Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah melalui Pusat Jobsmalaysia Kedah di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Karnival Kerjaya @ Sungai Petani Kedah tahun 2018 pada hari ini bertempat di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.

Objektif utama penganjuran adalah untuk memberikan perkhidmatan pekerjaan dan mempromosikan peluang pekerjaan kepada pencari kerja secara percuma. Bagi pihak majikan pula, ia merupakan platform untuk membuat pemilihan calon yang layak bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan melalui proses temuduga terbuka yang diadakan sepanjang karnival berlangsung. Ia merupakan salah satu program turun padang yang memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Bagi program kali ini, hampir 1,200 kekosongan jawatan ditawarkan kepada rakyat tempatan khususnya di sekitar Sungai Petani oleh 25 majikan. Manakala jawatan yang ditawarkan melibatkan pelbagai kategori dari jawatan profesional sehingga pekerja am.

Karnival ini terbuka kepada semua golongan pencari kerja, termasuk lepasan sekolah, graduan universiti, orang kurang upaya, pesara, pekerja yang diberhentikan dan mereka yang mencari peluang pekerjaan baharu. Pelbagai aktiviti dilaksanakan di dalam program ini iaitu temuduga bersama majikan,khidmat nasihat kerjaya dan perundangan perburuhan, pameran daripada pusat latihan dan juga agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Sesi walkabout ke sekitar tapak program telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia , YB Dato’ Mahfuz Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Negeri Kedah, YB Ooi Tze Min.

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia
21 Julai 2018

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!