Pelancaran JobsMalaysia2.0

14 September 2018 : Majlis Pelancaran Portal JobsMalaysia 2.0 telah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Manusia di Pusat JobsMalaysia Cyberjaya.Portal JobsMalaysia2.0 merupakan portal 'One Stop Centre’ pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan. Selain boleh diakses menerusi www.JobsMalaysia.gov.my, aplikasi boleh di download Google Play atau dari Apple Store.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dalam aucapan perasmiannya berkata, portal baharu itu menampilkan ciri pemadanan automatik dan mengesyorkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dan tawaran peluang tersebut diemel kepada calon. Selain berupaya menampung sehingga 19 juta pengguna berdaftar dan mampu mengendalikan 40,000 capaian secara serentak dalam satu-satu masa, ia juga dilengkapi dengan ciri ujian minat kerjaya berasaskan psikometrik sebagai panduan kepada pemohon dalam menentukan kerjaya.

Beliau juga berharap agar portal ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh majikan dan pencari kerja kerana kos pengiklanan kekosongan pekerjaan oleh majikan dan pendaftaran data peribadi serta butiran bidang pekerjaan yang didaftarkan pencari pekerja ialah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!