Hari Anugerah PLWS 2018

27 September 2018 : Hari Anugerah PLWS 2018 Piala Menteri Sumber Manusia telah dirasmikan oleh YB M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia di Eastin Hotel, Kuala Lumpur.  Mengulas mengenai pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti ( PLWS ), YB Kulasegaran menjelaskan ia satu mekanisme menghubungkan produktiviti dengan prestasi dan ganjaran individu berlandaskan situasi 'menang-menang' antara majikan dan pekerja.

Pelaksanaan PLWS juga boleh dilihat sebagai inisiatif terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara kembali berkhidmat di tanah air. Dianggarkan terdapat lebih daripada 700,00 warga Malaysia yang berkemahiran tinggi bekerja di luar negara dalam pelbagai bidang.

Tambah YB Kulasegaran lagi, sudah tiba masanya untuk mereka kembali menyumbang kepada negara berasaskan situasi menang-menang antara pekerja, majikan serta kerajaan. Setakat Ogos 2018, sebanyak 84,249 syarikat telah melaksanakan PLWS yang melibatkan 4.1 juta pekerja.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!