Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018



4 Oktober 2018 : Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 teah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur. Turut hadir Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran, Timbalan Menteri Kerja Raya YB Mohd Anuar Mohd Tahir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato’ Mahfuz Omar.

Dalam ucapannya, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pemain industri agar bergiat lebih aktif membantu Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mewujudkan modal insan yang mampu membawa Malaysia ke arah negara maju serta menjadi 'harimau dunia'. Katanya lagi, penglibatan pihak industri khususnya dalam pertandingan kemahiran seperti WorldSkills Malaysia dapat meningkatkan kompetensi dan kualiti tenaga kerja mahir negara.

Dalam majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 bagi kategori Belia dan Pengajar. Bagi kategori belia, anugerah itu dimenangi pelajar DRB-HICOM University of Automotive Malaysia Simon Wong Tian Bing manakala kategori Pengajar dimenangi Mohamad Alim Nulhakim dari Institut Latihan Perindustrian Jitra. Pemenang masing-masing menerima hadiah wang berjumlah RM10,000 dan piala. Anugerah tertinggi itu diberikan kepada pemenang terbaik keseluruhan pada pertandingan WorldSkills Malaysia yang diadakan pada 20 Sept hingga 2 Okt lepas.
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!