SPM_JOBSMY

04 JULAI 2019 - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) di TV1 bagi menerangkan Program Karnival Kerjaya JobsMalaysia yang akan bermula pada 6 Julai 2019 (Sabtu) serentak di seluruh negara.

#karnivalkerjayajobsmalaysia #jobfair

SPM_JOBSMY2 TVET_CHINA3

B40CAB1

03 JULAI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim B40 Capacity Building (B40CaB) dan satu Sesi Penyerahan Letter of Intent (LOI) kepada National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) yang di sampaikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Majlis juga turut dimeriahkan dengan Majlis Sambutan Hari Raya HRDF berserta penyerahan sumbangan beg sekolah dan duit raya kepada penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera, bertempat di Wisma HRDF, Kuala Lumpur.

B40CAB2 B40CAB3

TVET_CHINA1

03 JULAI 2019 - Satu perbincangan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China berkenaan peluang kerjasama berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Perbincangan ini termasuk kerjasama dengan China mengenai teknologi Artificial Intelligence. Teknologi sedemikian akan membolehkan Kementerian untuk melatih generasi baru dengan bakat yang dihendaki pihak industri. Perbincangan ini juga termasuk prospek pertukaran jurulatih, latihan pelatih, program pertukaran pelajar dan perundingan.

TVET_CHINA2 TVET_CHINA3

SLOM_THAI1

03 JULAI 2019 - YBhg. Dato' Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia telah menghadiri 15th ASEAN Senior Labour Officials Meeting (SLOM) yang berlangsung pada 2 - 3 Julai 2019 di Bangkok, Thailand.

SLOM_THAI2 SLOM_THAI3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!