Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

 31 Ogos 2018 : Seramai 30 warga Kementerian Sumber Manusia dari berbagai Bahagian, Jabatan serta Agensi di dalam KSM dan diketuia oleh Ybhg TKSU ( Dasar ), Dato’ Amir Omar telah menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-61 yang diadakan di Dataran Perbadanan Putrajaya. Mereka juga merupakan sebahagian daripada 900 anggota perkhidmatan awam dari pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang membentuk Kontinjen Anggota Perkhidmatan Awam.

Dengan lengkap berpakaian serba putih, seluar dan kasut  hitam, mereka berkumpul seawal 5.00pagi dan gah berarak dalam pasukan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Hari Kebangsaan Ke-61 dengan tema Sayangi Malaysiaku merupakan sambutan kali pertama kerajaan di bawah pemeritahan baru Pakatan Harapan. Orang ramai sejak awal pagi lagi telah hadir membanjiri kawasan perarakan di Putrajaya bagi menyaksikan sendiri sambutan yang buat kali ke-dua pernah diadakan di Putrajaya.

 

Dengan laungan "Malaysia Boleh!" sebanyak 3 kali oleh YB M. Kulasegaran. Menteri Sumber Manusia, maka sempurnalah Majlis Pelepasan Kontinjen Malaysia untuk berentap merebut kejuaraan di Asean Skills Competition (ASC) 2018 pada 26 Ogos hingga 4 September 2018 di Bangkok, Thailand. Turut mengiringi beliau di KLIA adalah YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

48 peserta yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Encik Nidzam Kamarulzaman itu mensasarkan kejayaan memperolehi lebih daripada 10 pingat emas dalam 24 kategori pertandingan yang disertai. Peserta negara dipilih menerusi pemenang Malaysian Skills Competition yang melibatkan pelajar pelbagai pusat latihankemahiran termasuk politeknik dan kolej komuniti.

Pertandingan dwi-tahunan ini mula diperkenalkan pada tahun 1995 untuk membangun dan mempertingkakan kemahiran di kalangan belia dan pekerja di peringkat antarabangsa. Dalam edisi 2016 y ang diadakan di Malaysia, kontingen negara telah memperolehi 22 pingat emas dalam 24 kategori yang dipertandingan. Kepada peserta Kontinjen Malaysia ke ASC2018, semoga berjaya dan Malaysia Boleh !!

28 Ogos 2018 : Ybhg Dato' Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar & Antarabangsa ) Kementerian Sumber Manusia, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Ketidakupayaan dan Pemerkasaan Orang Kurang Upaya ( OKU ) dalam Pekerjaan 2018 bertempat di Menara SSM KL Sentral, Kuala Lumpur.

Objektif utama penganjuran seminar yang diadakan pada 28 hingga 30 Ogos ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ketidakupayaan serta keperluan OKUdalam aspek perubatan dan sektor pekerjaan. Ia juga bertujuan untuk  menggalakkan sikap positif di kalangan peserta tentang kompetensi dan kebolehpasaran golongan OKU dalam sektor pekerjaan yang melibatkan pengurusan dan latihan kemahiran.

Seminar ini yang turut disertai YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan, Ahli Dewan Negara telah dihadiri seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU), wakil Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KSM, Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan, Persatuan-persatuan OKU & NGO, Syarikat Multinasional (Teknologi Maklumat) dan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar OKU dan Ahli Akademik Universiti-universiti Awam.

25 Ogos 2018 : Pesta Kerjaya OKU 2018 telah dianjurkan oleh Yayasan Sultan Idris Shah dan Persatuan Daybreak bersama JobsMalaysia Perak, di Yayasan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak pagi ini. YB Encik A. Sivanesan, anggota Exco Kerajaan Negeri Perak Mewakili Menteri Besar Perak, YAB Tuan Ahmad Faizal Dato' Azumu telah hadir merasmikannya. Turut hadir YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia.

Pesta kerjaya ini bertujuan memberi peluang kepada golongan OKU yang sukar mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan mereka.

Sekurang-kurangnya 200 peluang pekerjaan kepada golongan OKU dalam pelbagai sektor terutama bidang latihan dan pembangunan kemahiran ditawarkan dalam pesta yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Perak.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!