DKLM1

02 JULAI 2019, PUTRAJAYA - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Sijil Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Bidang Pengurusan Bimbingan Kerjaya melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada 17 penerima DLKM yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

DKLM2 DKLM3

MOU_TAHFIZ1

01 JULAI 2019, KLANG - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyaksikan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Enter Corridor Training Centre (ECTC) dan Maahad Tahfiz al Quran Wa as Sunnah(MTAQWA'S). Program TVET Tahfiz ini akan memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz mendapatkan latihan kemahiran yang bersistematik melalui pensijilan yang diiktiraf.

MOU_TAHFIZ2 MOU_TAHFIZ3

Promosi Cabutan Bayar & Menang PTPK

Bermula hari ini 1 Julai sehingga 30 September 2019, PTPK menawarkan promosi cabutan bayar & menang kepada peminjam PTPK yang menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman dengan baki minimum serendah RM100 sahaja.

Pelbagai hadiah menarik dengan jumlah sehingga RM40,000 menanti anda yang bertuah! (Hadiah akan diumumkan dari masa ke semasa)

Sila klik link di sini untuk info lanjut : http://www.ptpk.gov.my/anno…/…/226-umum-promosi-bayar-menang

Jom rebut peluang ini, mungkin anda salah seorang yang bertuah layak memenangi hadiah menarik yang kami tawarkan.

#promosibayardanmenang #promosiptpk #pinjamanlatihankemahiran #langsaikanpinjaman #bebashutang #hadiahmenarik

 

Sumber video adalah daripada Facebook PTPK, Kementerian Sumber Manusia

RAYA_PERKESO1

01 JULAI 2019, KUALA LUMPUR - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia Ketika Menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkeso bertempat Menara Perkeso, Ampang. Turut hadir YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan pengurusan tertinggi KSM.

RAYA_PERKESO2 RAYA_PERKESO3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!