ASLI_CAMERON1

29 Jun 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah meluangkan masa untuk turun bertemu dengan penduduk orang Asli di Kg. Terisu, Cameron Highland. Program hari ini adalah satu platform bagi Kerajaan, untuk menarik lebih ramai golongan anak muda orang Asli untuk berkecimpung dalam bidang TVET di negara ini. YB Menteri Sumber Manusia telah menyatakan harapan beliau agar ibu bapa sentiasa menyokong anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan menjadikan TVET sebagai salah satu pemicu kepada kemajuan sesuatu bangsa agar tidak ketinggalan di dalam arus kemodenan.

ASLI_CAMERON2 ASLI_CAMERON3

APCKSM_20191

27 JUN 2019 - Seramai 633 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 Kementerian Sumber Manusia telah dianugerahkan sijil yang disampaikan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia di satu majlis yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. Penerima anugerah ini terdiri daripada 404 penjawat awam daripada kumpulan Pelaksana dan seramai 229 orang pula adalah daripada kumpulan Pengurusan Profesional yang merangkumi penjawat awam daripada Kementerian Sumber Manusia serta Jabatan dan Agensi di bawahnya.

APCKSM_20192 APCKSM_20193

NLAC6_20191

27 JUN 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) Bil. 6/2019 bertempat di PICC, Putrajaya.

NLAC6_20192 NLAC6_20193

Video Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

 

Sumber video adalah daripada Facebook Kementerian Sumber Manusia

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!