5 Julai 2018 : Majlis Jamuan Aidilfitri Kementerian Sumber Manusia 2018 telah diadakan di ruang legar Tingkat 1, Blok D3, Putrajaya. Turut hadir ialah YB Menteri Sumber Manusia, YBhg M. Kula Segaran, Ybrs En. Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai kanan Kementerian dan Jabatan.

YB Menteri dalam ucapannya telah merakamkan tahniah atas kejayaan penganjuran dan perkongsian juadah secara pot-luck mengikut Bahagian dan Jabatan di dalam Kementerian. Semoga majlis yang diadakan walaupun dalam keadaan yang sederhana serta melibatkan semua warga Kementerian ini tetap meriah dan dapat memperatkan hubungan serta kerjasama dikalangan warga Kementerian.

Pada akhir ucapannya, YB Menteri melancarkan satu pungutan suara bagi mendapatkan pandangan warga KSM sama ada setuju untuk berpindah ke bangunan baru di Presint 2 atau tidak.

3 Julai 2018 : Majlis ringkas bagi mengalu-alukan kedatangan YBhg Timbalan Menteri Sumber Manusia yang baru mengangkat sumpah jawatan pada 2 Julai 2018 yang lalu, iaitu YB Dato' Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Ketibaan beliau disambut oleh pegawai kanan Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan di dalam Kementerian yang diketuai oleh Ybrs En Amir bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar ) Kementerian. Sebaik mendaftarkan kehadiran menerusi aplikasi eMasa Kementerian, beliau terus diberikan taklimat mengenai Kementerian Sumber Manusia, hala tuju dan cabaran mendatang.

Mengakui agak terkejut dengan perlantikan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia, beliau berharap dapat kerjasama dengan YB Menteri dan kakitangan KSM dalam pelaksanaan dasar kerajaan yang telah diputuskan, selain mengharapkan amanah, penghayatan integriti setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

4 Julai 2018 : Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia bagi bulan Julai telah diadakan dengan buat pertama kalinya menampilkan ucaptama YBhg Timbalan Menteri Sumber Manusia yang baharu iaitu YB Dato' Mahfuz Omar. Dalam ucapannya, YB Dato' Mahfuz meminta semua warga Kementerian sayangi pekerjaan masing-masing dan laksanakan dengan penoh integriti serta memastikan kosong rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berharap agar KSM boleh menjadi contoh kepada Kementerian lain dengan sentiasa bersedia meningkatkan kemahiran, belajar daripada orang lain yang mempunyai kelebihan tertentu serta bekerja dalam satu keluarga dengan menjadi cermin diantara satu sama lain.

Beliau juga meminta semua warga KSM berani untuk bercakap jujur, maklumkan kepadanya jika ada perkara yang tidak betul dan beliau terbuka menerima teguran daripada semua warga KSM.

26 Jun 2018 : Seminar 'Malaysia Commuting and Road Safety Seminar' ( MyCARSS 2018 ) telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre ( PICC ) pada 26 hingga 27 Jun 2018. Seminar dengan bertemakan ‘Fostering Commuting Safety Culture Towards Vision Zero’ itu telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia, YBhg M. Kulasegaran.

Sementara itu YB Menteri Sumber Manusia dalam ucapan perasmiannya berkata, Kerajaan akan terus fokus dalam memperkasakan pendekatan 3E ( Engineering, Enforcement dan Education ) dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa atas jalan raya. Kataanya lagi, pendekatan tersebut mesti dilaksanakan secara berintegrasi dan memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dalam merealisasikannya.

MyCARSS 2018 dianjuran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) yang bertujuan memberi mesej jelas untuk mengukuhkan kerjasama antara rakan strategik dan pihak berkepentingan terhadap keselamatan jalan raya yang lebih baik.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!