Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

16 Mei 2018 : Sambutan Jubli Perak Perbadanan Sumber Manusia Berhad( PSMB ) telah diadakan pada 16 Mei 2018 di Wisma HRDF, Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Penubuhan PSMB bermula pada tahun 1993 sebagai Majlis Sumber Manusia yang kemudian menjadi Perbadanan Sumber Manuia Berhad pada tahun 2001. Ia ditadbir oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB 2001), dengan mandat Kerajaan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga kerja yang kompeten yang akan menyumbang kepada pencapaian visi Negara menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Pada ketika ini terdapat kira-kira 22,000 majikan berdaftar dengan PSMB dengan kira-kira 2.5 juta pekerja telah menjalani latihan dan pembangunan modal insan dibawah pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh PSMB menerusi kira-kira pelbagai penyelia latihan.

1 April 2018 : Pertandingan Bowling KSM bersama Media Sempena Hari Pekerja 2018 dan Hari RTM ke-72 telah diadakan di U-Bowl, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya. Kira2 160 orang termasuk pengamal media cetak dan elektronik, Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam ( CEUPACS ), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC ), Malaysian Employers Federation ( MEF ), Universiti Teknologi Malaysia ( UITM ) dan warga KSM telah menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan ini merupakan kali kedua ianya diadakan, susulan kerjasama yang diadakan pada tahun 2017, untuk Kementerian Sumber Manusia menghargai pihak media serta mempereratkan kerjasama antara kedua pihak. Penyertaan pada kali ini merupakan peningkatan sekali ganda berbanding daripada penyertaan tahun lalu.

Pertandingan telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr KSU KSM yang turut membuat balingan pertama. Turut hadir ialah Ybg Dato’ Haji Abu Bakar Ab Rahim yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.

29 April 2018 : Bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2018, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) telah menganjurkan acara Run & Ride sebagai suatu galakkan dan kesedaran mengenai kepentingan melakukan aktiviti sihat, sekali gus meningkatkan kesihatan dan produktiviti pekerja kepada syarikat dan negara. Acara yang diadakan di sekitar Putrajaya ini telah mendapat sambutan hangat dengan kira-kira 8,000 penyertaan.

YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah berkenan membuat pelepasan para peserta bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dan Pengerusi PERKESO Tan Sri Aseh Che Mat.di Dataran Kehakiman Putrajaya yang dikategorikan sebagai Larian sejauh 5km dan 10km serta berbasikal sejauh 10 dan 20km.

Pada program itu, Media Prima menerima penghargaan kerana mencatatkan penyertaan kakitangan teramai diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala, ketiga tertinggi ialah SME Development Bank. Sementara itu Encik Naz Ridzwan bin Zulkifli muncul sebagai peserta paling bertuah apabila diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bretuah yang membawa pulang kereta Proton Iriz. Apa yang menariknya, kemenangan ini merupakan hadiah paling bermakna sempena hari jadi beliau yang jatuh pada 1 Mei.

10 Mac 2018 : Bertempat di Hotel Hilton Kota Kinabalu, telah berlangsung Majlis Graduasi Program Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL) 2018. Dalam majlis tersebut, seramai 337 graduan daripada Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM Tahap 4) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4). Penganugerahan berkenaan merupakan pengiktirafan terhadap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki secara formal atau tidak formal sebelum ini.

Penyampaian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd. Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Turut hadir adalah Leftenan Jeneral Dato' Sri Abdul Aziz Ibrahim, Pengerusi PERHEBAT.

Projek RPEL ini adalah strategi kerjasama antara MINDEF dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membangunkan tenaga kerja kompeten tempatan. Tahniah diucapkan kepada semua graduan.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!