4 Oktober 2018 : Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 teah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur. Turut hadir Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran, Timbalan Menteri Kerja Raya YB Mohd Anuar Mohd Tahir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato’ Mahfuz Omar.

Dalam ucapannya, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pemain industri agar bergiat lebih aktif membantu Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mewujudkan modal insan yang mampu membawa Malaysia ke arah negara maju serta menjadi 'harimau dunia'. Katanya lagi, penglibatan pihak industri khususnya dalam pertandingan kemahiran seperti WorldSkills Malaysia dapat meningkatkan kompetensi dan kualiti tenaga kerja mahir negara.

Dalam majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 bagi kategori Belia dan Pengajar. Bagi kategori belia, anugerah itu dimenangi pelajar DRB-HICOM University of Automotive Malaysia Simon Wong Tian Bing manakala kategori Pengajar dimenangi Mohamad Alim Nulhakim dari Institut Latihan Perindustrian Jitra. Pemenang masing-masing menerima hadiah wang berjumlah RM10,000 dan piala. Anugerah tertinggi itu diberikan kepada pemenang terbaik keseluruhan pada pertandingan WorldSkills Malaysia yang diadakan pada 20 Sept hingga 2 Okt lepas.

27 September 2018 : Hari Anugerah PLWS 2018 Piala Menteri Sumber Manusia telah dirasmikan oleh YB M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia di Eastin Hotel, Kuala Lumpur.  Mengulas mengenai pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti ( PLWS ), YB Kulasegaran menjelaskan ia satu mekanisme menghubungkan produktiviti dengan prestasi dan ganjaran individu berlandaskan situasi 'menang-menang' antara majikan dan pekerja.

Pelaksanaan PLWS juga boleh dilihat sebagai inisiatif terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara kembali berkhidmat di tanah air. Dianggarkan terdapat lebih daripada 700,00 warga Malaysia yang berkemahiran tinggi bekerja di luar negara dalam pelbagai bidang.

Tambah YB Kulasegaran lagi, sudah tiba masanya untuk mereka kembali menyumbang kepada negara berasaskan situasi menang-menang antara pekerja, majikan serta kerajaan. Setakat Ogos 2018, sebanyak 84,249 syarikat telah melaksanakan PLWS yang melibatkan 4.1 juta pekerja.

29 Sept 2018 : Karnival Pekerjaan, Kemahiran Dan Keusahawanan Parlimen Pokok Sena 2018 telah berlangsung di SM Sains Pokok Sena yang di rasmikan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Hj Mahfuz Omar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

YB Dato’ Hj Mahfuz dalam ucapannya mengibaratkan kehadiran KSM serta majikan dalam mana-mana karnival kerjaya atau pekerjaan secara ‘outreach’ yang diadakan adalah umpama turun membawa tepak sireh meminang hingga ke pintu tangga untuk menyediakan peluang pekerjaan. Beliau berharap rakyat mengambil peluang ini dalam meningkatkan taraf hidup, tidak terusan bergantung kepada keluarga dan sekali gus mengurangkakan kadar pengangguran negara.

Sebanyak 5 majikan telah hadir dengan menawarkan lebih daripada 700 peluang pekerjaan. Dalam majlis tersebut YB Dato’ Hj Mahfuz juga menyampaikan Geran Skim Bantuan Galakkan Perniagaan OKU dan sumbangan kepada penduduk Pokok Sena. Turut hadir ialah YBhg Dato Amir Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg Dato Mohd Jefrey Joakim Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Smeenanjung dan YB Dr Salmee Said, Exco Pendidikan dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Kedah Darulaman.

24 Sept 2018 : YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Hj Mahfuz Omar telah merasmikan persidangan dan pemeran 21st Conference and Exhibition On Occupational Safety And Health dengan tema 'Enhancing OSH In New Digital Era'. Program tahunan ini berlangsung selama dua hari yang dihadiri oleh kira-kira 1,500 perserta serta kira-kira 100 syarikt pempamer berkaitan.

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri berharap semua pihak terus berusaha mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihataan pekerjaan dan menjadikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebagai amalan dalam budaya Malaysia.

Menurutnya lagi, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dipinda bagi memperkemaskan lagi peraturan sedia ada mengikut keperluan semasa. Pindaan yang dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober ini akan menjadi “game-changer” terhadap keberkesanan penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pematuhan oleh pihak majikan dan pekerja.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!