MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM)

MATEPM_20191

19 NOVEMBER 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) sekaligus menyampaikan Anugerah tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi. Majlis ini anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya.

MATEPM ini merupakan manifesto kerajaan bagi mengiktiraf individu yang cemerlang dalam lapangan kemahiran atau TVET yang dianjurkan di dalam dan di luar negara. Selain itu juga ia juga merupakan antara platform tertinggi pengiktirafan kepada belia dan tenaga pengajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Turut hadir ke MATEPM adalah YB Dato’ Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Tuan Maniam a/l Arumugam, Timbalan Ketua Setiausaha (D&A) Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk IR Ahmad Asri’ bin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan YBrs. Tuan Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran.

MATEPM_20192 MATEPM_20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!