PENYERAHAN SURAT KELULUSAN TARAF KEWARGANEGARAAN KEPADA LEONG JIA WEN

LEONG_JIA_WEN

07 JANUARI 2019 - Penantian selama 11 tahun seorang remaja yang kini berusia 14 tahun, Leong Jia Wen, berakhir dengan kegembiraan pada hari ini apabila YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia menyerahkan Surat Kelulusan Taraf Kewarganegaraan daripada Kementerian Dalam Negeri yang diluluskan baru-baru ini.

Keluarga Jia Wen telah membuat permohonan kewarganegaraan untuk anaknya sejak berumur 3 tahun. Permohonan keluarga ini telah ditolak beberapa kali, bagaimanapun dengan bantuan YB Menteri Sumber Manusia dan DHRRA Malaysia, akhirnya ia telah mendapat kelulusan. Dalam majlis ringkas simbolik penyerahan surat kelulusan pagi tadi, YB M.Kula Segaran mengucapkan tahniah kepada Jia Wen dan berkata beliau akan terus menjalankan usaha memberi bantuan sebegini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

Sementara itu, bapa Jia Wen juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB M.Kula Segaran, DHRRA Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri kerana telah membantu mendapatkan kewarganegaraan untuk anak beliau dan secara tidak langsung menikmati keistimewaan dari segi rawatan hospital, persekolahan dan kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh rakan sebayanya sebagai rakyat Malaysia.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!