KRISMAS2019_PERKESO1

16 DISEMBER 2019, KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Mahfuz Bin Omar telah menyempurnakan Majlis Sambutan Krismas PERKESO 2019 di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Ia merupakan satu bentuk program CSR bagi meraikan orang berinsuran dan orang tanggungan mereka untuk mengurangkan bebanan menjelang sambutan Krismas yang diadakan setiap tahun. YB Dato' Mahfuz amat berterima kasih kepada PERKESO, satu agensi di bawah KSM yang sentiasa bersama melangkaui tanggungjawab sebagai penyedia perlindungan keselamatan sosial dengan mengambil berat akan kebajikan pekerja di negara ini. Program ini juga satu platform ke arah nenyatupadukan masyarakat terbilang adat resam dan fahaman agama di negara ini.

KRISMAS2019_PERKESO2 KRISMAS2019_PERKESO3

KEMALANGAN_PANBORNEO1

15 DISEMBER 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah melawat kawasan pembinaan yang terjejas akibat kemalangan semasa kerja-kerja mengikat beam girder sedang dijalankan di tapak pembinaan jambatan Sg. Miri, Projek Pan Borneo Sarawak, Jumaat lepas. Pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) akan menghantar pasukan forensik esok bagi membuat siasatan mendalam berkenaan kemalangan tersebut.

KEMALANGAN_PANBORNEO2 KEMALANGAN_PANBORNEO3

FIREDRILL2019_KSM1

16 DISEMBER 2019 - Sekitar gambar Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Blok D3 dan D4 Kementerian Sumber Manusia yang telah diadakan pada hari ini. Latihan Kebakaran ini penting di mana-mana tempat kerja atau bangunan awam untuk berlatih apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini Turut melibatkan 11 anggota daripada Balai Bomba Putrajaya sebagai Balai Bantuan yang telah mengaktifkan 3 buah jentera iaitu FRT/2 dan EMRS/1.

FIREDRILL2019_KSM2 FIREDRILL2019_KSM3

EISPERKESO_SARAWAK1

14 DISEMBER 2019 - Tahniah kepada PERKESO yang telah berjaya membuka peluang kepada kelompok pencari kerja terutama kepada para pencarum PERKESO yang kehilangan pekerjaan di Sarawak. 37 majikan terlibat menawarkan pekerjaan melalui sesi temuduga dalam Karnival Pekerjaan Employment Insurance System (EIS) PERKESO Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sebanyak 4391 kekosongan jawatan ditawarkan kepada seramai hampir 1000 orang pencari kerja yang hadir di Mydin Mall, Kuching. Perkhidmatan membina resume melalui klinik pekerjaan & khidmat rundingcara turut ditawarkan bagi membantu calon-calon yang hadir. Dato' Amir Bin Omar, Ketua Setiausaha KSM turut hadir mewakili Kementerian memberi komitmen serta sokongan terhadap inisiatif tersebut.

EISPERKESO_SARAWAK2 EISPERKESO_SARAWAK3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!