LEONG_JIA_WEN

07 JANUARI 2019 - Penantian selama 11 tahun seorang remaja yang kini berusia 14 tahun, Leong Jia Wen, berakhir dengan kegembiraan pada hari ini apabila YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia menyerahkan Surat Kelulusan Taraf Kewarganegaraan daripada Kementerian Dalam Negeri yang diluluskan baru-baru ini.

Keluarga Jia Wen telah membuat permohonan kewarganegaraan untuk anaknya sejak berumur 3 tahun. Permohonan keluarga ini telah ditolak beberapa kali, bagaimanapun dengan bantuan YB Menteri Sumber Manusia dan DHRRA Malaysia, akhirnya ia telah mendapat kelulusan. Dalam majlis ringkas simbolik penyerahan surat kelulusan pagi tadi, YB M.Kula Segaran mengucapkan tahniah kepada Jia Wen dan berkata beliau akan terus menjalankan usaha memberi bantuan sebegini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

Sementara itu, bapa Jia Wen juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB M.Kula Segaran, DHRRA Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri kerana telah membantu mendapatkan kewarganegaraan untuk anak beliau dan secara tidak langsung menikmati keistimewaan dari segi rawatan hospital, persekolahan dan kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh rakan sebayanya sebagai rakyat Malaysia.

WORLDFRENCONN1

17 DISEMBER 2019 - Sempena program Hari KSM Bertemu Pelanggan, Cik Eva Soo, penyedia latihan kemahiran bagi World Friendship Connections Sdn Bhd telah hadir dan bertemu Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran untuk memberi sokongan terhadap program ini sekali gus, mempromosikan latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang disediakan oleh organisasi beliau.

Sebagai Presiden World Flower Connection dan seorang mentor di Yayasan Diraja Sultan Mizan, Cik Eva Soo berharap dapat bekerjasama dengan pihak Kementerian Sumber Manusia demi meningkatkan kesedaran dalam pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional di kalangan ibu bapa dan para pelajar. Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran memberi galakan penuh dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan organisasi tersebut pada masa hadapan.

WORLDFRENCONN2 WORLDFRENCONN3

PENCAPAIAN_KSM

Pelbagai inisiatif dan pindaan undang-undang telah dilaksanakan bagi menaikkan martabat pekerja di Malaysia dan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang selamat dan berkualiti. Tiba masa untuk kami berkongsi pencapaian Kementerian Sumber Manusia bagi sepanjang 2019 ini. Jom kita baca bersama-sama.

PENCAPAIAN_KSM1 PENCAPAIAN_KSM2 PENCAPAIAN_KSM3 PENCAPAIAN_KSM4 PENCAPAIAN_KSM5 PENCAPAIAN_KSM6 PENCAPAIAN_KSM7 PENCAPAIAN_KSM8 PENCAPAIAN_KSM9 PENCAPAIAN_KSM10 PENCAPAIAN_KSM11

PUANPOOVAIE1

17 DISEMBER 2019 - Puan Poovaie Karuppan telah berkesempatan untuk berkongsi masalah beliau kepada YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia semasa Hari Bertemu Pelanggan KSM. Penyakit angin ahmar yang dialami oleh Puan Poovaie telah mengakibatkan beliau sukar untuk menggerakkan kaki selain daripada terlibat dengan kemalangan pada 2 tahun yang lalu.

Tujuan beliau hadir ke kaunter PERKESO bagi membuat rayuan pencen ilat untuk mengurangkan beban menyara keluarga. Skim Keilatan adalah bantuan yang dibayar kepada orang berinsurans yang diperakui menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan dan tidak boleh diubati.

PUANPOOVAIE2 PUANPOOVAIE3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!