Page 13 - pelan_tindakan_oku
P. 13

MAJU KE HADAPAN









        Pertimbangan untuk menambahbaik metodologi COL pada masa hadapan

        Tertakluk  kepada  ketersediaan  sumber data  dan  metodologi kajian  baharu, berikut
        adalah contoh-contoh penambahbaikan yang akan dipertimbangkan bagi memperbaiki
        analisis COL:
           Jangka pendek
           Profil yang berkemungkinan untuk diautomasikan:
           Pengukuran kemungkinan pengautomasian
           berdasarkan tugas dan ciri-ciri tertentu yang
           berkaitan dengan sesuatu pekerjaan.

           Profil kemahiran:
           Penyenaraian kemahiran berkaitan
           utama yang mendapat permintaan
           tinggi atau kekurangan bakat.


                                                           Jangka panjang

                                                      Perintis COL Peringkat Negeri:
                              Penerbitan COL peringkat negeri menawarkan potensi untuk
                      mengenal pasti kekurangan dalam pasaran buruh berdasarkan lokaliti
                    yang tidak ketara di peringkat kebangsaan. Ianya memerlukan maklumat
                  lokasi yang membolehkan pengenalpastian wilayah tempatan yang relevan
            serta maklumat pekerjaan terperinci iaitu tahap 4 digit MASCO kerana ia digunakan
               sebagai unit analisis, dan pengkhususan sumber tambahan dalam pendekatan
                    dari bawah ke atas bagi memastikan ia mewakili data dari setiap negeri.

                     Menggabungkan penggunaan maklumat pasaran buruh masa sebenar:
            Maklumat masa sebenar, seperti maklumat kekosongan jawatan atas talian, boleh
               digunakan sebagai pelengkap kepada set data rasmi semasa dengan menjana
              maklumat baharu berdasarkan sektor, lokasi, pendidikan, persijilan dan pelbagai
            lagi kategori berkaitan. Maklumat ini dapat membantu para penggubal dasar untuk
                     segera menangani isu kekurangan modal insan dengan cara yang tepat.




                                                                                13
                                                                    Maju Ke Hadapan 13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16