NEWS_EDUCATION1

03 OKTOBER 2019 - YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia merasmikan program Newspaper-in-Education bertempat di SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah pada pagi tadi. Program ini merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh PERKESO dengan kerjasama Star Media Group. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui akhbar The Star yang disumbangkan oleh PERKESO kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

NEWS_EDUCATION2 NEWS_EDUCATION3

eHailing

#ICYMI Kenyataan Media - Kerajaan akan Memastikan Wujudnya Situasi Menang-Menang di antara Rider Foodpanda & Pihak Pengurusan Syarikat yang Terbabit

 

FOODPANDA_ISU1

02 OKTOBER 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat bersama wakil pengurusan tertinggi Syarikat Foodpanda Malaysia Sdn. Bhd. berhubung isu Rider Foodpanda yang mogok berikutan Skim "Service Fee" yang didakwa mengurangkan pendapatan mereka.

FOODPANDA_ISU2 FOODPANDA_ISU3

K_KERJAYA_OKU1

22 SEPTEMBER 2019 - YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia merasmikan Karnival Kerjaya Kemahiran Keusahawanan dan Kompetensi Insan Istimewa (OKU) bertempat di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada golongan istimewa ini terhadap cabaran dan kerjaya sebenar selepas tamat pengajian. Program ini kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.

K_KERJAYA_OKU2 K_KERJAYA_OKU3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!