Akta Pekerjaan & Lain-Lain Perundangan
Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
Kontrak Perkhidmatan & Penamatan
Sekiranya kontrak perkhidmatan tidak menetapkan tempoh masa notis, tempoh notis hendaklah seperti berikut:
1) 4 minggu notis - jika bekerja kurang daripada dua(2) tahun;
2) 6 minggu notis - jika bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun;
3) 8 minggu notis - jika bekerja 5 tahun atau lebih.
Kerja Lebih Masa, Hari Rehat Dan Jam Bekerja
Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehat, hendaklah dibayar tambahan sehari gaji kadar yang biasa bagi pekerja tersebut.
Apa yang boleh saya adu kepada KESUMA?
Semua aduan terhadap KESUMA/Jabatan/Agensi yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan KESUMA/Jabatan/Agensi yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Adakah pelbagai aduan boleh dirujuk kepada KESUMA?
Ya, jika ia merupakan aduan terhadap KESUMA/Jabatan/Agensi KECUALI aduan terhadap:
i. Dasar-dasar kerajaan. Perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa:
ii. Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC);
iii. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
iv.Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP);
v.Jabatan Bantuan Guaman;
vi. Mahkamah.
Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada KESUMA?
Maklumat yang perlu diisi
i. Nama - Jenis Pengadu;
ii. No. Kad Pengenalan - Tajuk Aduan;
iii.Jantina - Butiran Aduan;
iv.Alamat - Aduan Terhadap Bahagian/Jabatan/Agensi;
v.Negara/Negeri/Daerah - Tindakan yang telah diambil pengadu;
vi.Telefon/E-mel - Tindakan yang dikehendaki dari KESUMA;
vii.Pekerjaan.