Page 7 - BUKUPANDUANGAJIVERSIBM
P. 7

PANDUAN  GAJI




         1         Disertakan 200 pekerjaan terpilih berasaskan kemahiran   yang   mempunyai
                 permintaan   tinggi di  pasaran  buruh berserta  gaji  pokok  permulaan  berdasarkan
                 tahap  kemahiran.
                 Pemilihan  pekerjaan  ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
         2         Dibangunkan khusus untuk lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia atau
                 setaraf dengannya.

         3         Maklumat terperinci mengenai deskripsi tugas dalam buku ini boleh dirujuk kepada
                 Piawaian  Pengelasan  Pekerjaan  Malaysia  (MASCO) yang  dibangunkan berasaskan
                 Piawaian Pengelasan   Pekerjaan   Antarabangsa (International   Standard Classification
                 of Occupations - ISCO) dan tahap kemahiran di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan
                 Kebangsaan (National Occupational Skills Standard: NOSS).
         4         Terdapat beberapa tajuk pekerjaan yang melibatkan lebih daripada satu tahap
                 kemahiran.
         5         Pekerjaan dengan persijilan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
                 diberikan kepada  individu  yang mempunyai  kelayakan,  pengalaman, kepakaran
                 dan pengetahuan dalam bidang yang diperlukan di bawah Akta Keselamatan dan
                 Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139).
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12