Page 9 - BUKUPANDUANGAJIVERSIBM
P. 9

Gaji Pokok Permulaan





       Gaji pokok permulaan ialah gaji pokok yang dibayar kepada seorang pekerja yang berkelulusan
       kemahiran yang baru memulakan atau pertama kali memasuki alam pekerjaan. Gaji pokok ini
       tidak termasuk apa-apa elaun atau imbuhan lain dan tidak mengambil kira faktor-faktor seperti
       lokasi dan saiz syarikat, jenis industri dan keupayaan kewangan syarikat.

       Gaji Pokok Permulaan dan Alfa (α)



          1        Gaji pokok permulaan mengandungi dua nilai iaitu nilai tetap (kadar gaji minimum
                 semasa, tempoh pengajian dan nilai sehari pengajian) dan nilai Alfa (α) berdasarkan
                 lesen atau sijil kompetensi tambahan (seperti di muka surat 5 dan 6).

          2        Lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia digalakkan untuk mendapatkan lesen
                 dan sijil kompetensi tambahan ini agar memperoleh gaji yang jauh lebih tinggi
                 berbanding mereka yang mempunyai SKM dan DKM sahaja.

          3        Lesen dan sijil kompetensi tambahan yang dikeluarkan oleh badan-badan kompeten
                 seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan
                 Alam Sekitar atau agensi-agensi lain yang diiktiraf di Malaysia atau di peringkat
                 antarabangsa.
































          4      Panduan Gaji Permulaan
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14