Page 4 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 4

AMANAT MENTERI SUMBER MANUSIA




                                          Selamat Sejahtera.


            Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
            terlibat dengan terhasilnya Pelan Antirasuah Organisasi atau Organizational
            Anti-Corruption Plan (OACP) Kementerian Sumber Manusia (KSM) 2021 –

            2025 yang dinamakan sebagai Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021 – 2025.


            Pelan Antirasuah  Organisasi  KSM 2021-2025  adalah   satu dokumen dasar
            antirasuah di peringkat KSM yang bertujuan untuk menangani permasalahan
            dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah. Pelan lima tahun ini

            juga dirangka sebagai panduan kepada semua warga KSM dalam mendukung
            usaha pemantapan tadbir urus, integriti dan antirasuah agar setiap aktiviti dan
            program penyampaian fungsi KSM sentiasa bebas daripada amalan rasuah,

            salah guna kuasa dan penyelewengan.


            Kementerian  Sumber Manusia amat komited  dalam melaksanakan  segala
            inisiatif yang telah dirancang dan menjadi kewajipan semua pihak  yang
            dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala inisiatif dapat direalisasikan

            dalam usaha untuk memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian
            perkhidmatan awam seterusnya memastikan negara ini bebas dan bersih
            daripada amalan rasuah.



            Hala tuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang lebih berstruktur dan
            jelas ini juga diharap dapat memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah
            di KSM. Saya percaya tanpa rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,
   1   2   3   4   5   6   7   8   9