Page 6 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 6

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA




                                      Bismillahirrahmanirrahim.
                           Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.


                 lhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T
            Akerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, Kementerian Sumber
            Manusia (KSM) telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi KSM
            2021-2025. Pelan yang dibangunkan ini merupakan bukti komitmen KSM dalam

            memastikan warga KSM sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang bentuk
            gejala rasuah serta salah guna kuasa yang boleh memberi imej dan persepsi
            buruk kepada KSM.



            Dengan adanya pelan ini, ianya akan menjadi rujukan strategik dan komprehensif
            kepada semua warga KSM dalam aspek pengukuhan integriti, governan
            dan antirasuah di KSM. Adalah diharapkan dengan  OACP ini seluruh warga
            kementerian dapat menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan agar ianya

            memberi impak positif kepada penyampaian perkhidmatan KSM khususnya
            kepada masyarakat sekaligus mampu merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia
            untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap, responsif, bebas rasuah
            dan berintegriti.



            OACP yang telah dibangunkan ini merupakan satu pelan yang strategik dan
            menyeluruh yang mana ianya telah mengambil kira risiko-risiko kelemahan dan
            ketirisan dalam aspek governan, integriti dan antirasuah di kementerian. KSM

            komited untuk melaksanakan dengan jayanya semua inisiatif yang dibangunkan
            dalam pelan ini dan akan mengenal pasti sebarang penambahbaikan yang
            boleh dilakukan dari semasa ke semasa sejajar dengan prinsip yang digariskan



              IV
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11