Page 8 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 8

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN ANTIRASUAH

            ORGANISASI KSM 2021-2025




            Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari
            2019, melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2, No.1
            Tahun 2019 berkaitan Pemantapan Governan, Integriti dan Antirasuah Dalam
            Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia.


            Selaras dengan pelaksanaan NACP 2019-2023, maka setiap jabatan, agensi dan
            kerajaan negeri hendaklah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)
            di peringkat organisasi masing-masing dalam tempoh lima tahun berkuat kuasa
            dari tarikh NACP dilancarkan.


            Justeru itu, KSM telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-
            2025  yang akan menjadi  dokumen  utama  dan panduan  kepada organisasi
            mengenai tindakan dan langkah yang menyeluruh dan bersepadu dalam
            memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam organisasi.


                                             Visi OACP KSM

                                             Ke arah kementerian bebas rasuah dan
                                             berintegriti tinggi.

                                             Misi OACP KSM

                                             Memantapkan       governan,    integriti   dan
                                             antirasuah  serta meningkatkan  kecekapan,
                                             ketelusan dan akuantabiliti kementerian
                                             berasaskan  tadbir urus yang baik.




            BAB 1:
            Merangkumi latar belakang KSM serta usaha dan inisiatif yang diambil oleh
            organisasi dalam mempertingkatkan dan menambah baik aspek integriti, governan
            dan antirasuah di KSM. Dengan sokongan dan komitmen penuh oleh Pengurusan
            Tertinggi KSM, Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 telah berjaya digubal
            dan menjadi rujukan strategik oleh organisasi dalam membanteras rasuah dan salah
            guna kuasa.





              VI
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13