Page 9 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 9

BAB 2:
            Kementerian telah menganalisa persekitaran berdasarkan Data Rasuah di
            Malaysia, Data Aduan SPRM, Data Aduan dan Data Kesalahan Tatatertib
            Kementerian untuk mengenal pasti bidang keutamaan yang perlu diberi
            tumpuan untuk meningkatkan serta menambah baik aspek integriti, governan
            dan antirasuah di KSM.


            BAB 3:
            Menghuraikan empat (4) bidang keutamaan iaitu Tadbir Urus Kementerian,
            Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Kementerian dan Penguatkuasaan
            Undang-undang. Daripada empat (4) bidang keutamaan ini, empat (4) strategi
            telah dikenal pasti iaitu:
              I.  Memperkukuh Akauntabiliti dan Integriti
              II.  Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
              III.  Mempertingkatkan Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan Kementerian
              IV.  Menginstitusikan Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan Undang-undang.


            Sebanyak empat (4) objektif strategik juga telah digariskan dan 22 inisiatif yang
            akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.


            BAB 4:
            Menjelaskan mengenai mekanisme pemantauan dan penilaian oleh organisasi
            terhadap pencapaian pelaksanaan inisiatif Pelan Antirasuah Organisasi KSM
            2021-2025. Mekanisme ini penting bagi memantau kemajuan dan menilai
            pelaksanaan inisiatif yang digariskan serta mengikut tempoh masa yang
            ditetapkan. Selain itu, mekanisme ini berupaya untuk mengenal pasti ruang
            dan jurang dalam pelaksanaan inisiatif Pelan Antirasuah Organisasi KSM
            2021-2025. Ini bagi memastikan supaya setiap perancangan yang dibuat dapat
            diselaraskan dengan sewajarnya untuk mencapai hasil yang dihasratkan. Semua
            pihak bertanggungjawab untuk memberi komitmen dan kerjasama penuh
            dalam merealisasikan  visi,  misi  dan  matlamat Pelan  Antirasuah Organisasi
            KSM 2021-2025.

            BAB 5:
            Menggambarkan komitmen dan keyakinan KSM secara keseluruhan dalam
            melaksanakan semua 22 inisiatif yang telah digariskan dalam Pelan Antirasuah
            Organisasi KSM 2021-2025 dengan jayanya dan pelan yang telah digubal ini akan
            menjadi rujukan dan panduan strategik dalam aspek pengukuhan integriti,
            governan dan antirasuah di organisasi.



                                                                                       VII
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14