Page 4 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 4

1.  PENDAHULUAN



            1.1.    Amalan menerima dan memberi hadiah telah menjadi budaya dalam
                    masyarakat malah  ia amat  sukar  dibendung tanpa kawalan.  Walaupun
                    ia bertujuan bagi melahirkan penghargaan, meraikan persaudaraan dan
                    persahabatan,  namun  sukar  untuk  menterjemahkan  niat  sebenar  di
                    sebalik amalan tersebut. Jika dikaitkan dengan urusan Kerajaan, perkara
                    ini berkemungkinan menjurus ke arah penyalahgunaan kuasa yang boleh
                    diinterpretasikan sebagai rasuah dan mengakibatkan integriti dan imej
                    Kementerian Sumber Manusia (KSM) terjejas.


            1.2.    Dalam usaha meningkatkan integriti, Polisi Pengurusan Hadiah Kementerian
                    Sumber Manusia diwujudkan agar pelaksanaan urusan Kerajaan dijalankan
                    dengan telus dalam kalangan warga KSM mengikut ketetapan di bawah
                    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (PP Bil. 3/1998).


            1.3.    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (Garis Panduan Pemberian
                    dan Penerimaan Hadiah di Dalam Perkhidmatan Awam), Surat Pekeliling
                    Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008 (Pihak Berkuasa Meluluskan
                    Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan) dan Peraturan-Peraturan
                    Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] telah
                    memperuntukkan keperluan tentang kawalan berhubung penerimaan dan
                    pemberian hadiah di kalangan pegawai-pegawai awam, Jabatan Kerajaan,
                    kesatuan, pertubuhan yang melibatkan pegawai awam serta Kelab Kebajikan
                    dan Sukan.


            1.4.    Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Kanun
                    Keseksaan juga menjelaskan kesalahan dan larangan menerima, meminta,
                    menawar apa-apa suapan termasuk hadiah yang berkaitan dengan urusan
                    rasmi.



                                                  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA  3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9