Page 8 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 8

atau tak langsung, apa-apa hadiah(sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya)
            daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang
            Jika –
                    a)  penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan
                        apa-apa cara, dengan perlaksanaan tugas awam pegawai itu; dan


                    b)  bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud
                        hadiah itu diberikan.”





            7.  PENERIMAAN SUKAR DITOLAK


            7.1.    Sekiranya dalam keadaan tertentu penolakan hadiah yang ada kaitan dengan
                    tugas awam, akan mengaibkan pemberi hadiah atau menjejaskan hubungan
                    profesional, warga KSM boleh menerima hadiah tersebut dan hendaklah
                    melaporkan secara bertulis menggunakan borang di Lampiran A kepada
                    Ketua Jabatan untuk kelulusan.


            7.2.    Walau  bagaimanapun,  bagi memudahkan  urusan  pentadbiran  warga
                    KSM boleh melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan (tanpa perlu
                    kelulusan) sekiranya pemberian hadiah tersebut:


                    i.   nilainya kurang daripada RM100;


                    ii.  berbentuk lencana  (plaque) atau "Pennant" atau barang-barang
                        kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Jabatan atau bahan-bahan
                        bercetak berkaitan Jabatan bertujuan untuk promosi; dan


                    iii.  barang-barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama.




            8.  PENERIMAAN HADIAH YANG TIDAK BERKAITAN
                 DENGAN TUGAS AWAM


            Bagi penerimaan hadiah yang tidak berkaitan dengan tugas awam dan tidak sepadan
            dengan maksud hadiah, warga KSM hendaklah melaporkan secara bertulis kepada
            Ketua Jabatan menggunakan borang di Lampiran A untuk kelulusan.



                                                  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA  7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13