Page 9 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 9

9.  PENERIMAAN HADIAH YANG DIBENARKAN


            9.1.    Bagi penerimaan hadiah yang tidak berkaitan dengan tugas awam, warga
                    KSM boleh menerima hadiah dan tidak perlu melaporkan kepada Ketua

                    Jabatan untuk kelulusan dalam keadaan berikut;


                    i.   bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan; atau



                    ii.  bentuk, amaun atau nilai hadiah yang tidak sepadan, sekiranya
                        penerimaan hadiah seperti berikut:


                         a.  penerimaan  hadiah  daripada  rakan  sekerja  sempena  persaraan,

                            pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai;


                         b.  penerimaan hadiah daripada isteri / suami, anak-anak termasuk
                            anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang,

                            ibu / bapa termasuk ibu dan bapa mertua, dan adik  beradik
                            termasuk sebelah isteri/ suami;


                         c.  penerimaan hadiah daripada saudara mara dan rakan-rakan

                            sempena majlis harijadi, pertunangan dan perkahwinan pegawai
                            atau anak-anak, atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan
                            adat resam dan agama; atau



                         d.  penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama.



            9.2.    Penerimaan hadiah dalam keadaan ragu-ragu, sama ada bentuk, amaun

                    atau nilai hadiah yang sepadan atau tidak sepadan; boleh menimbulkan
                    masalah berkaitan tanggungjawabnya sebagai pegawai awam; atau boleh
                    menimbulkan syak wasangka bagi dirinya atau orang lain; maka warga KSM
                    boleh melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan.







              8   POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14