Page 6 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 6

Atau apa-apa atau apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima
                                                                  2
            oleh pegawai itu, isterinya atau  saudara atau sekutu  bagi pihaknya daripada
            mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang
            diketahui oleh pegawai itu tidak mencukupi ataupun mencukupi.


            Bentuk, amaun atau nilai hadiah tidak sepadan
            Nilai semasa hadiah diterima itu nilainya (dalam bentuk wang) melebihi ¼
            emolumen bulanan atau melebihi RM500.00, mana yang lebih rendah.


            Bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan
            Nilai semasa hadiah diterima itu nilainya (dalam bentuk wang) kurang ¼ emolumen,
            atau RM500.00, mana yang lebih rendah


            Bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan atau tidak sepadan bagi
            penerimaan yang tidak berkaitan dengan tugas awam

            Berdasarkan kepada nilai semasa hadiah, “occasion” dan tujuan atau maksud hadiah.


            Ketua Jabatan
            Seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan,
            institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan
            Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Professional yang diberi
            kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi
            kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.



            Warga KSM
            Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KSM sama ada melalui lantikan tetap,
            sementara, sangkut, pinjaman, kontrak atau sambilan termasuk lantikan politik.



            Saudara dan sekutu
            Merujuk kepada tafsiran “saudara” dan “sekutu” di bawah Seksyen 3, Akta
            Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).


            Anggota Pentadbiran

            Merujuk kepada tafsiran “Anggota Pentadbiran” di bawah Fasal (2), Perkara 160,


            2   Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)


                                                  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA  5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11