Page 7 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 7

Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung dengan Persekutuan, ertinya seseorang
            yang memegang jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
            atau Setiausaha Politik dan, berhubung dengan sesuatu Negeri, ertinya seseorang
            yang memegang sesuatu jawatan yang bersamaan di dalam Negeri itu atau yang
            memegang jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (selain anggota
            kerana jawatan).


            Pihak ketiga

            Kontraktor, vendor, pembekal, organisasi, persatuan atau mana-mana pihak yang
            berurusan dengan KSM.




            5.  PERNYATAAN DASAR


            Warga KSM dilarang menerima atau memberi apa-apa hadiah; atau membenarkan
            isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberikan bagi
            pihaknya apa-apa hadiah sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan
            dengan tugas awamnya; dan/ atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan
            dengan maksud hadiah.




            6.  LARANGAN PENERIMAAN DAN PEMBERIAN HADIAH
                 YANG BERKAITAN DENGAN TUGAS AWAM


            Warga KSM dilarang daripada memberi atau menerima hadiah sekiranya:


            i.      berkaitan dengan tugas awamnya; dan/ atau


            ii.     bentuk, amaun dan nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah.


            Peraturan yang melarang Penjawat Awam memberi dan menerima hadiah adalah di
            bawah subperaturan 8(1)(a) dan (b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
            dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] seperti berikut:


            “8.(1) Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh
            menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau
            mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung



              6   POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12