Page 15 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 15

17.  TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN


            Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Unit Integriti atau Pihak Berkuasa

            Tatatertib; atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang berkaitan, sekiranya
            terdapat apa-apa pelanggaran terhadap undang-undang atau peraturan berkaitan
            penerimaan dan pemberian hadiah.





            18.  PEMATUHAN


            18.1.  Kegagalan atau keengganan warga KSM mematuhi Polisi ini boleh disifatkan

                    sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib di bawah
                    Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

            18.2.  Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada

                    Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
                    (SPRM), Suruhanjaya Syarikat  Malaysia (SSM)  atau mana-mana Badan
                    Pengawal berkaitan untuk tindakan.





            19.  PENUTUP


            Dengan kewujudan Polisi Pengurusan Hadiah ini, warga KSM dapat menghapuskan

            kekeliruan berkaitan amalan penerimaan dan pemberian hadiah seterusnya mampu
            menutup ruang dan peluang perlakuan rasuah. Selain menjadi rujukan utama warga
            KSM, Polisi ini juga boleh menjadi panduan kepada semua pihak yang berurusan
            dengan KSM. Pematuhan terhadap Polisi ini akan menjadi titik tolak kepada

            usaha KSM ke arah membanteras perlakuan rasuah daripada sekecil-kecil (petty
            corruption) sehingga sebesar-besar rasuah (grand corruption).













              14  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20