Page 11 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 11

iii.  hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang,
                        yang pegawai itu ketahui telah atau sedang atau mungkin ada kena
                        mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan atau yang akan
                        dijalankan oleh pegawai itu.





            12.  KEPUTUSAN KETUA JABATAN



            12.1.  Ketua  Jabatan  semasa mempertimbangkan  laporan  penerimaan  hadiah,
                    hendaklah mengambil kira kriteria-kriteria berikut:


                    i.   memastikan penerimaan hadiah itu dibenarkan di bawah Peraturan-
                        Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993;


                    ii.  penerimaan hadiah itu tidak menimbulkan syak pegawai telah
                        menggunakan kedudukan awam atau kuasanya untuk memperolehi
                        hadiah;


                    iii.  kekerapan pegawai menerima hadiah;


                    iv.  hubungan antara pegawai dengan pemberi hadiah khususnya mengenai
                        tugas dan kuasanya; dan


                    v.  kepentingan Jabatan secara keseluruhan.




            12.2.  Ketua Jabatan setelah mempertimbangkan kriteria-kriteria tersebut, boleh
                    membuat keputusan seperti berikut:


                    i.   membenarkan pegawai menerima hadiah;


                    ii.  mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah kepada pemberi;

                    iii.  disimpan oleh Jabatan; atau


                    iv.  mengambil tindakan lain yang bersesuaian.




              10  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16