Page 10 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 10

10.  PENERIMAAN HADIAH OLEH ANGGOTA PENTADBIRAN


            10.1.  Anggota Pentadbiran  hendaklah mengelakkan daripada menggunakan
                                         3
                    jawatan untuk kepentingan peribadi seperti meminta dan menerima apa-
                    apa hadiah, upah atau kemudahan yang boleh menjejaskan integriti.


            10.2.  Anggota Pentadbiran hendaklah merujuk tatacara penerimaan hadiah di
                    bawah Perkara 6, Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran Dan Ahli Parlimen
                    yang dikeluarkan pada Disember 2018.


            10.3.  Anggota Pentadbiran hendaklah menandatangani Akujanji Pelaksanaan
                    Dasar Penerimaan Hadiah seperti di Lampiran B selaras dengan keperluan
                    Ministerial Performance Indicator (MPI).  Sekiranya akujanji ini tidak
                    dipatuhi, ia akan menjejaskan pengukuran prestasi Anggota Pentadbiran.







            11.  PENERIMAAN HADIAH YANG MENJADI KESALAHAN

            Penerimaan hadiah, sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan atau
            tidak sepadan, adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang sekiranya
            penerimaan dalam keadaan berikut:


                    i.   hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah
                        bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada pegawai itu bagi
                        melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau
                        telah tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubungan dengan urusan
                        prinsipalnya atau dalam menjalankan tugas awamnya;


                    ii.  orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan tugas
                        awam pegawai itu sendiri atau dengan tugas awam seseorang pegawai
                        yang di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta penerimaan itu
                        tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith) sebaliknya ia dilakukan
                        dengan niat jenayah (mens rea); atau





            3    Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan


                                                  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA  9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15