Page 12 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 12

13.  PENERIMAAN DAN PEMBERIAN KERAIAN OLEH
                 PEGAWAI AWAM


            13.1.  Warga KSM boleh memberi atau menerima keraian jika tidak mempengaruhi
                    tugas rasminya atau tidak bercanggah dengan tatakelakuan penjawat awam.
                    Perkara ini diperuntukkan di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan

                    Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut:


                    “9. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis keraian
                    kepada atau daripada mana-mana orang jika –
                    a)  keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi  perlaksanaan
                        tugas rasminya sebagai pegawai awam bagi kepentingan orang itu; dan
                    b)  pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara tak
                        konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah peraturan 4.”




            13.2.  Walaupun warga KSM dibenarkan memberi atau menerima keraian, warga

                    KSM hendaklah memberi perhatian yang serius mengenai perkara-perkara
                    berikut:


                    i.   penerimaan dan pemberian keraian tidak sama sekali menjejaskan
                        kuasa  dan  tanggungjawab  pegawai  sebagai  penjawat  awam  untuk
                        kepentingan pihak yang memberi keraian itu;


                    ii.  pemberian dan penerimaan keraian itu tidak bercanggah dengan
                        kehendak  tatakelakuan  pegawai  awam  di  bawah  Peraturan  4,

                        Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 khususnya
                        subperaturan 4.(2)(a),(b) dan (c);


                    iii.  sensitiviti Jabatan di tempat pegawai bertugas;


                    iv.  sensitiviti masyarakat terhadap tanggungjawab pegawai dan
                        perkhidmatan awam keseluruhannya; atau/ dan


                    v.  kekerapan pegawai menerima keraian.





                                                  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA  11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17