Page 13 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 13

14.  UCAP TAHNIAH, TERIMA KASIH ATAU TAKZIAH DI
                 AKHBAR-AKHBAR HARIAN DAN MEDIA MASSA


            Warga KSM adalah dilarang dari memberikan kebenaran bagi ucapan-ucapan
            tahniah/ terima kasih/ takziah yang menyentuh diri pegawai untuk disiarkan
            di akhbar-akhbar atau mana-mana media massa yang lain, oleh pihak swasta,
            persatuan, pertubuhan, orang perseorangan atau mana-mana kumpulan orang.





            15.  PENERIMAAN DAN PEMBERIAN HADIAH OLEH JABATAN
                 KERAJAAN



            Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-
            mana pihak lain dan penerimaan hadiah itu mestilah mendapat kebenaran daripada
            Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal. Kuasa Ketua Setiausaha
            Kementerian atau Pegawai Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini tertakluk
            kepada syarat-syarat seperti di  Lampiran ‘D’ dalam Pekeliling Perkhidmatan
            Bilangan 3 Tahun 1998 iaitu:


            Kuasa meluluskan penerimaan hadiah oleh Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal
            adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-


            i.      Hadiahi  yang  diterima  hendaklah  diberikan  oleh  penderma  secara
                    percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan. Penderma-penderma pula tidak
                    mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan.


            ii.     Hendaklah dipastikan barang-barang atau peralatan-peralatan yang
                    dihadiahkan adalah yang belum terpakai dan alat-alat gantinya pula mudah
                    diperoleh. Barang atau peralatan tersebut hendaklah memberi manfaat atau
                    faedah kepada Jabatan atau negara amnya.



            iii.    Sesuatu hadiah itu diberikan oleh penderma secara sukarela dan bukan
                    atas permintaan Jabatan Kerajaan yang berkenaan. Jabatan Kerajaan adalah
                    dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah atau derma dari
                    mana-mana pihak sama ada pertubuhan atau orang perseorangan.




              12  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18