Page 14 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 14

iv.     Penerimaan sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pewujudan jawatan
                    baru bagi mengendalikannya. Dalam hal ini Ketua-Ketua Setiausaha dan
                    Pegawai  Pengawal  hendaklah  memastikan  bahawa  kakitangannya yang
                    terlatih telah sedia ada dan mencukupi untuk mengendalikan hadiah yang
                    diterima.



            v,      Peruntukan Kementerian dan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai
                    penyelenggaraan hadiah yang diterima.




            vi.     Ketua Setiausaha dan Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab
                    memastikan hadiah yang diterima digunakan mengikut apa yang dihasratkan
                    oleh penderma.



            vii.    Semua hadiah yang diluluskan penerimaannya hendaklah dimasukkan ke
                    dalam inventori Jabatan.



            Ketua Setiausaha dan Pegawai Pengawal dikehendaki menghantar kepada
            Perbendaharaan satu laporan dengan salinan kepada Ketua Audit Negara apabila
            sesuatu hadiah telah diluluskan penerimaannya. Dalam laporan tersebut hendaklah
            dinyatakan butir-butir hadiah, nilainya, nama penderma dan tempat di mana hadiah
            diletakkan.


            Semua hadiah yang berupa wang tunai  hendaklah  diambil tindakan dengan
            mewujudkan akaun amanah yang sesuai.






            16.  PERMOHONAN DAN PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH
                 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN


            Kelab Sukan dan Kebajikan dilarang memohon dan menerima sumbangan secara
            langsung daripada syarikat swasta atau orang awam untuk mendapatkan bantuan
            kewangan bagi membiayai aktiviti kecuali melalui Majlis Kebajikan Dan Sukan
            Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).



                                                  POLISI PENGURUSAN HADIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA  13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19